Script:

Monday 12 September 2011

SUDIRMAN (HIDUP SEDERHANA) BASIKAL TUA



Lirik Lagu Sudirman – Hidup Sederhana (Basikal Tua)
Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa
Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua
Orang biasa basikal tua
Orang biasa basikal tua
Walau kemana ia meminta
Kubawa dengan hati yang bangga
Senang melihat ia ketawa
Duduk di palang basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa
Biar pun hidup aku begini
Berbasikal setiap hari
Namun hatiku riang selalu
Tiada hutang datang mengganggu
Angan-angan ku disuatu masa
Basikal kan ku tukar kereta
Tapi kekasihku tidak setuju
Mungkinkah dia rasa cemburu
Orang biasa basikal tua
Aaaa Aaaa Aaaa Aaaa


SUKAN BMX MASIH BELUM MATI

KEGILAAN BMX



MENGIMBAU kembali awal tahun 1980-an, kita pasti akan mengingati kehebatan basikal bergelar BMX yang sering menjadi kegilaan golongan kanak-kanak dan remaja. Kerangka keluli yang kukuh, ringan dan kelihatan sporty menjadikannya begitu popular, malah kanak-kanak sanggup melakukan apa sahaja semata-mata untuk memiliki basikal idaman mereka.

Pada waktu itu, kelibat basikal BMX bagaikan menjadi hiasan di taman-taman permainan dan perumahan apabila sentiasa ditunggang oleh remaja.

Basikal BMX juga mempunyai daya penarik tersendiri apabila ibu bapa menjadikan basikal tersebut sebagai galakan kepada anak-anak memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Populariti basikal BMX terus memuncak sehinggalah Kuala Lumpur diberi penghormatan menganjurkan sukan bertaraf antarabangsa X Games Asia pada tahun 2002, 2003, 2004 dan 2006.

Sukan X Games boleh dianggap sebagai platform terbaik kepada atlet sukan lasak tempatan menunjukkan bakat terpendam mereka di peringkat antarabangsa.

Ini kerana atlet sukan lasak antarabangsa sudah lama diiktiraf sehingga mendapat penajaan dan boleh mencari sumber pendapatan melalui sukan kegemaran mereka.

Di negara ini, sukan lasak turut mendapat pengiktirafan sehingga taman-taman lasak dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada penggemar sukan lasak itu agar dapat terus aktif dalam sukan kegemaran mereka.

Menghidupkan zaman BMX

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini publisiti dan promosi mengenai sukan lasak terutama basikal BMX semakin berkurangan apatah lagi apabila sukan X Games Asia tidak lagi dianjurkan di negara ini.

Menyedari sukan lasak basikal BMX ini masih mempunyai pengikut sendiri, beberapa penggemar BMX telah menganjurkan Suka-Suka BMX Old School Gathering dan Jam 2011 di Taman Sukan Lasak, Seksyen 13 Shah Alam baru-baru ini.

Walaupun hujan lebat pada hari berkenaan kira-kira 200 penggemar basikal BMX tetap setia memeriahkan program Suka-Suka BMX Old School Gathering dan Jam 2011 tajaan empat jenama berkaitan sukan itu iaitu Kayuh BMX, Devise Clothing, ilovebmx dan Momentumlove.

Penganjur program berkenaan, Abd. Rahman Abd. Rahim, 27, atau lebih dikenali sebagai Man Convent berkata, program pembuka tirai 2011 itu diadakan bertujuan untuk mengumpulkan tiga kumpulan penggemar BMX iaitu flatland, street dan old school.

“Kami ingin mengembalikan semula zaman kegemilangan BMX yang satu ketika dahulu cukup popular dalam kalangan golongan remaja dan kanak-kanak.

“Seingat saya, sukan lasak basikal BMX ini sangat popular pada tahun 1990-an hingga awal tahun 2000. Malah, ia semakin mendapat tempat apabila negara menganjurkan sukan X Games,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Begitupun, Man Convent memberitahu, promosi mengenai sukan lasak basikal BMX semakin berkurangan apabila penganjuran sukan X Games Asia tidak dilakukan di negara ini.

Katanya, sukan lasak basikal BMX masih mempunyai peminat setia yang sentiasa dahagakan aksi-aksi menarik daripada atlet sukan lasak itu.

“Justeru, kami menganjurkan program ini untuk memberi peluang kepada penggemar dan rider BMX bertemu antara satu sama lain sekali gus dapat bertukar pendapat.

“Kita ingin memastikan sukan BMX terus mendapat tempat dalam sukan lasak di negara ini kerana rata-rata atlet negara setanding atlet antarabangsa,” ujarnya.

Kata Man Convent lagi, mereka juga sering meraih kejayaan apabila menyertai pertandingan sukan lasak basikal BMX yang berlangsung di luar negara.

Penggiat sukan basikal BMX

Sunday 11 September 2011

KELEBIHAN BERBASIKAL

APA KELEBIHAN BERBASIKAL SEBENARNYA??????????

KELEBIHAN-KELEBIHAN BERBASIKAL


1. Untuk kesihatan diri, meningkatkan stamina, menguatkan otot, awet muda dan meningkatkan kualiti hidup.

2. Melibatkan diri secara langsung dengan aktiviti pengurangkan pencemaran alam sekitar dan kesesakan lalulintas.

3. Mengurangkan kos kehidupan.

4. Menikmati pengalaman hidup yang lebih menyeronokkan, menikmati dan meningkatkan kepuasan kendiri.

5. tak sama dengan masyarkat lemah yg mainstream. hehehehe...

KELEBIHAN DALAM KESIHATAN...

Berbasikal dengan kerap dapat memberikan pelbagai kebaikan dari segi kesihatan tanpa mengira usia dna jantina; antaranya adalah:

1. mengurangkan risiko sakit jantung, strok dan penyakit kronik
2. badan yang sihat, akan mengurangkan kos penjagaan kesihatan dan menigkatkan kuliti hidup..
3. Badan yang sihat akan meningkatkan kecerdasan minda
4. badan yang sihat, akan meningkat tahap penampilan diri dan keyakinan diri......
dan macam2 lagilah... u got d point... 



MENGURANGKAN KESESAKAN LALULINTAS
kebanyakan jalanraya yang sedia ada, tidak dapat menampung jumlah dan berat kenderaan yang ada sekarang ini. kesesakan yang melampau ini seterusnya akan meningkatkan tahap stress seseorang, meningkatkan penggunaan bahan bakar, meningkatkan kos, membuang masa, mengurangkan masa untuk membuat senaman, meningkatkan penggunaan air-cond - menipiskan ozon, dan bermacam lagilah....

KELEBIHAN EKONOMI
berikut adalah kajian yang dilakukan di USA pada 2004...

1. Kos operasi sebuah kereta sedan adalah sekitar 17800 USD setahun.
2. Ini adalah sekitar 18% daripada pendapatan individu
3. Kos operasi basikal adalah sekitar 120USD setahun. 

LE TOUR DE LANGKAWI (PERLUMBAAN BASIKAL BERPRESTIJ)



Le Tour de Langkawi (bahasa Perancis, "Jelajah Langkawi") ialah acara lumba basikal tahunan yang diadakan di Malaysia semenjak tahun 1996. Namanya berasal dari titik permulaan di edisi-edisi terawalnya, di Langkawi, Kedah, tetapi ada edisi yang tidak diadakan di Langkawi. Perlumbaan ini merupakan sebahagian Lawatan Asia UCI.
Empat jersi menjadi rebutan dalam perlumbaan, iaitu pemenang perlumbaan; pemecut terbaik; king of the mountains dan pelumba Asia terbaik. Selain itu, terdapat dua gelaran pasukan sebagai pengiktirafan kepada pasukan terbaik dan juga pasukan Asia terbaik.
Jelajah ini merupakan acara lumba basikal terbesar di Asia, dan juga satu-satunya di Asia yang ada dua hors catégorie.

PERLUMBAAN


 Perlumbaan yang merupakan gagasan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad, beserta Wan Lokman Wan Ibrahim dan juga First Cartel, berjaya dianjurkan buat julung kalinya pada tahun 1996.[2][3] Pada edisi-edisi terawalnya, jelajah sentiasa bermula di Langkawi, tetapi kebelakangan ini tidak pula. Jelajah ini juga mengunjungi Sabah dan Sarawak pada 1997, namun perkhidmatan kargo kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan lama tertunda, memaksa pihak penganjur membatalkan peringkat kedua jelajah kali ini.[4] Semenjak itu, jelajah ini tidak ke Malaysia Timur lagi. Jelajah selalunya berakhir dengan perlumbaan kriterium 12 pusingan di Dataran Merdeka.
Sejarah Le Tour de Langkawi diwarnai oleh beberapa insiden, misalnya dua kali terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat di peringkat akhir pada tahun 2003 dan 2006.[5] Ketika pusingan pertama pada tahun 2004, pegawai polis terbuka laluan lumba untuk kegunaan pengangkutan awam ketika perlumbaan masih berjalan. Setelah berunding dengan para pelumba, peringkat ini terpaksa tidak mengambil markah



  PETA PERLUMBAAN







Tuesday 6 September 2011

BASIKAL TUA

BASIKAL TUA

Bermacam-macam panggilan yang di guna pakai untuk sebutan Basikal Tua. Ada yang memanggil Basikal Tua mengikut tempat dan loghat tempatan. basikal ini digunakan untuk mengangkat barang-barang yang agak berat seperti beras, arang, kayu getah, mengangkat tong.Disebelah utara penduduk setempat memanggil basikal sebagai “Gerek” dan disebabkan itu ia di panggil “Gerek tua”. Di negara jiran kita, Indonesia misalnya bermacam-macam panggilan di gunakan untuk basikal tua ini. Antaranya basikal tua di panggil Sepeda Tua atau Sepeda kuno. Berbagai-bagai bentuk panggilan digunakan untuk Basikal Tua ini namun apa yang penting ia merupakan sebuah alat pengangkutan yang masih diguna pakai sejak dari dahulu hingga sekarang. getah dan sebagainya. 
 Apa yang penting pada basikal tua itu adalah ciri-ciri yang boleh dikatakan dan di panggil basikal tua. Misal contoh Basikal Raleigh Chooper dengan Raleigh Sport keluaran tahun 70an. Walaupun kedua-duanya keluaran tahun 70an tetapi Raleigh Chooper tidak di panggil basikal tua berbanding Raleigh Sport. 








Namun secara keseluruhan semua basikal yang usianya sangat tua boleh dikategorikan sebagai basikal klasik atau antik.Tapi pada hakikatnya basikal tua ini masih menjadi warisan dan kebanggaan kita sebagai 
rakyat Malaysia.


      
Inilah salah satu contoh basikal tua yan terdapat di negara                       kita






     Usia,jarak dan tempat bukan penghalang untuk kita terus memelihara warisan ini.










“ BERSAMA-SAMA KITA USAHA DAN MENGGEMBELING TENAGA UNTUK TERUS MELESTARIKAN NOSTALGIA WARISAN SILAM INI AGAR MENJADI SESUATU MEDIUM YANG BERHARGA DI MATA MASYARAKAT DAN NEGARA”